Piawaian keselamatan Untuk membangunkan produk-produk yang bermutu untuk pelanggan-pelanggan kami, Aromate dikawal oleh program jaminan mutu ISO9001 yang mengawal berbagai-bagai peringkat pembangunan produk dan aliran pengeluaran. Mutu produk dan keselamatan pengguna adalah amat penting bagi Aromate. Maka, untuk memastikan bahawa piawaian kami yang bermutu tinggi boleh terus dijaga, peraturan keselamatan antarabangsa (REACH, VOC dan CHIPS) dipatuhi dengan ketat, dan banyak produk kami telah disijilkan dengan CE/EN71.

IFRA

Persatuan Wangian Antarabangsa (International Fragrance Association atau IFRA) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland dan ditubuhkan pada tahun 1973, adalah sebuah badan perwakilan peraturan kendiri yang rasmi bagi industri wangian di seluruh dunia. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan keselamatan bahan-bahan wangian melalui program sains yang berdedikasi. IRFA menerbitkan satu senarai piawaian penggunaan untuk bahan-bahan wangian, dan dengan itu mengehadkan atau melarang penggunaan ramuan tertentu.

REACH

REACH Pendaftaran, Penilaian, Keizinan dan Sekatan Bahan-Bahan Kimia (Registration, Evaluation, Authorization and Restriction of Chemicals atau REACH) adalah peraturan Kesatuan Eropah yang membawa kepada penubuhan Agensi Bahan Kimia Eropah. REACH menyentuh tentang pengeluaran dan penggunaan bahan-bahan kimia, dan kesan berpotensi mereka terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. REACH berkuatkuasa pada 1hb Jun 2007 dengan pelaksanaannya berlangsung dalam fasa sepanjang dekad yang seterusnya. Peraturan ini juga telah membawa kepada penubuhan Agensi Bahan Kimia Eropah yang menguruskan aspek teknikal, saintifik dan pentadbiran REACH.

VOC

Lembaga Sumber Udara California (California Air Resources Board atau CARB) telah menetapkan peraturan mengenai had kandungan VOC dalam produk-produk pengguna, iaitu antiperspirant dan penyahbau, produk-produk salut aerosol, penyembur rambut, bahan pembersih, penyegar udara, bahan pelekat dan lain-lain lagi.

Matlamatnya adalah untuk mengurangkan jumlah sebatian organik meruap (volatile organic compounds atau VOC) yang membentuk asbut, pencemar udara yang bertoksik dan gas-gas rumah hijau yang dilepaskan akibat penggunaan produk pengguna yang dibuat daripada bahan kimia. Laporan ARB California menyatakan bahawa peraturan-peraturan produk pengguna telah membawa kepada pengurangan pelepasan bahan pencemar udara sebanyak 50 peratus sejak tahun 1990. Pindaan peraturan yang terbaru bertujuan mengurangkan selanjutnya jumlah bahan pencemar udara yang dilepaskan dari berbagai-bagai kategori produk pengguna.

Piawaian Ujian Lain

Bagi keperluan khas pelanggan, AROMATE boleh juga menawarkan lebih banyak laporan ujian untuk memenuhi piawaian keselamatan yang berlainan. Misalnya, laporan-laporan ujian di bawah adalah mengenai benzena, toluene, dimetilbenzena, metanol dan formaldehid.