AROMATE, Pengeluar Penyegar Udara OEM Terkemuka di Asia

Aromate Industries Co., Ltd. (Aromate) adalah pengeluar OEM inovatif yang terkemuka di Asia yang menawarkan produk-produk penyegar udara kereta dan wangian domestik untuk para pelanggan di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1996, ibu pejabat Aromate dan kemudahan pengeluaran kami yang canggih terletak di Taipei, Taiwan. Aromate mempunyai kira-kira 240 orang kakitangan dan memiliki keupayaan pengeluaran sebanuak 3 juta unit penyegar udara setiap bulan. Aromate adalah komited untuk mencipta produk-produk yang bermutu dan inovatif dengan sokongan jualan dan pembangunan produk yang lestari. Kami di Aromate boleh menjadi pembekal dan rakan kongsi penyegar udara OEM yang boleh anda percayai.

Kenapa Memilih Aromate? Teras Dasar Mutu Aromate

Kebangsaan dan Pengetahuan Profesional : Kami Memahami Teknologi Wangian !

Aromate adalah pakar dalam berbagai-bagai teknologi wangian yang digunakan dalam pelbagai produk penyegar udara yang dikeluarkannya. Setiap formulasi wangian unik dan proses pembuatan mengambil masa untuk menjalani pembangunan, ujian dan penambahbaikan demi mencapai kestabilan pengeluaran dan pasaran massa. Dari sistem membran ke plastik harum, dari sistem sumbu ke gel, pasukan R&D, pasukan produk dan jurutera-jurutera pengeluaran kami adalah komited untuk memastikan mutu, keselamatan dan kebolehpercayaan semua produk yang dikeluarkan untuk pelanggan kami.

Inovasi Produk : Pertimbangan Undang-Undang - Paten dan Tanda Perniagaan !

Aromate berasa amat bangga dengan semua rekaan dan idea yang asli dan inovatif di sebalik produk kami. Kami juga membantu dan menasihati pelanggan kami untuk memastikan reka bentuk tersuai mereka tidak menghadapi isu undang-undang di pasaran. Demi melindungi kepentingan IP kami dan pelanggan-pelanggan, Aromate banyak melabur dalam paten dan tanda perniagaan, dan menyokong rasa hormat kepada hak harta intelek dan produk-produk yang ditawarkan kepada para pelanggan.

Perkhidmatan Pembangunan OEM Yang Boleh Dipercayai : Isu Keselamatan dan Mutu !

Untuk membangunkan produk-produk yang bermutu untuk pelanggan-pelanggan kami, Aromate dikawal oleh program jaminan mutu ISO9001 yang mengawal berbagai-bagai peringkat pembangunan produk dan aliran pengeluaran. Mutu produk dan keselamatan pengguna adalah amat penting bagi Aromate. Maka, untuk memastikan bahawa piawaian kami yang bermutu tinggi boleh terus dijaga, peraturan keselamatan antarabangsa (REACH, VOC dan CHIPS) dipatuhi dengan ketat, dan banyak produk kami telah disijilkan dengan CE/EN71. Selain itu, Aromate hanya menggunakan wangian dijamin mutu yang dibekalkan oleh pembekal-pembekal bertauliah di seluruh dunia (Jepun, Perancis, UK dan Amerika Syarikat). Setiap wangian dan minyak wangi yang bergred tinggi dan pekat diiringi oleh Helaian Data Keselamatan Material (MSDS). MSDS bagi setiap produk boleh diberi atas permintaan.

Kecekapan dan Kelajuan : Kilang Canggih dan Proses Pengeluaran Automatik !

Semua projek Aromate yang bermula dari pembangunan dan pengujian konsep ke pembuatan dikendalikan di kilang dan ibu pejabat kami di Taipei, Taiwan. Kami menubuhkan hubungan strategik dengan berbagai-bagai kilang di China untuk menyumberkan subkomponen demi memaksimumkan kecekapan kos dan mutu. Aromate menggabungkan mesin automatik terbaru di berbagai-bagai peringkat dalam proses pembuatan untuk memastikan kelajuan keluaran yang tertinggi dengan mutu dan nilai yang paling konsisten.

Integriti : Kami Ingin Membina Perkongsian Jangka Panjang dengan Anda !

Aromate berasa amat bangga dengan semua rekaan dan idea yang asli dan inovatif di sebalik produk kami. Kami juga membantu dan menasihati pelanggan kami untuk memastikan reka bentuk tersuai mereka tidak menghadapi isu undang-undang di pasaran. Demi melindungi kepentingan IP kami dan pelanggan-pelanggan, Aromate banyak melabur dalam paten dan tanda perniagaan, dan menyokong rasa hormat kepada hak harta intelek dan produk-produk yang ditawarkan kepada para pelanggan.