Untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berbeza terhadap produk, sesetengah produk AROMATE telah disijilkan mengikut piawaian dan sijil antarabangsa yang berbeza, seperti Bitrex, EN71 dan RoHS.

Bitrex

Bitrex®, bahan yang paling pahit di dunia, adalah ramuan keselamatan berjenama terkemuka yang digunakan dalan berbagai-bagai aplikasi domestik dan industri.

Bitrex adalah barisan pertahanan yang ketiga dalam melindungi kanak-kanak. Ia bukan pengganti untuk menyimpan bahan-bahan rumah, taman dan garaj yang berbahaya dengan selamat. Adalah penting untuk meletakkan bahan-bahan berbahaya di dalam almari yang tinggi atau dikunci memastikan bahawa produk-produk berbahaya dengan penutup tahan kanak-kanak dibeli apabila mungkin. Namun, Bitrex® menawarkan satu langkah keselamatan tambahan yang penting.

EN71

Piawaian Eropah EN 71 menyatakan keperluan keselamatan untuk alat mainan. Mematuhi piawaian ini adalah diperlukan di sisi undang-undang untuk semua alat mainan yang dijual di Kesatuan Eropah.

AROMATE telah lulus 3 bahagian di dalam piawaian ini:
EN 71-1: Ciri-ciri mekanikal dan fizikal
EN 71-2: Kemudahbakaran
EN 71-3: Spesifikasi migrasi unsur-unsur tertentu

RoHS

RoHS, juga dikenali sebagai Bebas Plumbum (Lead-Free), mewakili Sekatan Bahan-Bahan Berbahaya. RoHS, juga dikenali sebagai Direktif 2002/95/EC, berasal dari Kesatuan Eropah dan menyekat penggunaan enam jenis bahan berbahaya yang dijumpai di dalam produk-produk elektrik dan elektronik. Semua produk yang digunakan di dalam pasaran Kesatuan Eropah mulai 1hb Julai 2006 mesti lulus pematuhan RoHS. RoHS memberi kesan kepada seluruh industri elektronik dan banyak produk elektrik juga.