Tentang Aromate

Ditubuhkan pada tahun 1996, Aromate Industries Co., Ltd. (Aromate) merupakan pengeluar penyegar udara kereta dan produk wangian domestk inovatif yang terkemuka di Asia. Selama dua dekad ini, Aromate berkembang dari sebuah kilang pengeluaran manual yang kecil menjadi sebuah kilang pengeluaran automatik dan sistematik yang besar, dan kini memiliki 176 buah paten dari 9 buah negara serta menjual ribuan jenis produk ke kira-kira 35 buah negara di seluruh dunia.

Ibu pejabat Aromate dan kemudahan pengeluaran kami yang canggih terletak di Taipei, Taiwan. Dengan kira-kira 180 orang kakitangan dan keupayaan pengeluaran bulanan sebanyak 7 juta unit produk, Aromate adalah komited untuk mengeluarkan produk-produk bermutu dan inovatif, dan berpengalaman luas dalam integrasi sumber di peringkat antarabangsa, serta menekankan jualan dan sokongan pemasaran yang lestari. Aromate boleh menjadi pembekal dan rakan kongsi penyegar udara yang anda percayai.

Proses Pembuatan Bertauliah dan Perkhidmatan Jualan Profesional

Demi menjadi satu-satunya “Pembekal Penyegar Udara di Asia Yang Boleh Anda Harapkan”, Aromate tidak habis-habis menaik taraf proses-proses pembuatan dan pengeluaran kami. Dengan sokongan kumpulan-kumpulan Reka Bentuk Industri dan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Aromate bukan sahaja dianugerahi pensijilan ISO 9001 dan ISO 14001, tetapi juga menjadi pemimpin trend yang menawarkan produk-produk wangian terbaru untuk pasaran penyegar udara.

Inovasi dalam Penyegar Udara

Slogan Aromate adalah “Inovasi dalam Penyegar Udara”. Aromate bercita-cita tinggi menjadi bukan sahaja sebuah pengeluar penyegar udara global, tetapi juga sebuah syarikat teknologi penyegar udara yang boleh dipercayai. “Kami memahami teknologi wangian!” Aromate adalah bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan golongan elit dalam industri wangian dan memacu pertumbuhan pasaran penyegar udara dengan anda. Sertailaih kami atau jadilah rakan kongsi kami. Hantar e-mel kepada kami di inquiry@aromate.com !